Total Pageviews

Friday, January 27, 2017

8 PERKARA MESTI DIPERHATIKAN BILA MENJEMUR BAYI BARU LAHIR & KEBAIKANNYA YANG PERLU DIKETAHUI






Menjemur bayi baru lahir di bawah sinaran matahari pagi antara petua orang tua-tua yang menjadi amalan ibu bapa dari dulu sehingga kini.

Katanya, ia bagus untuk mengelakkan bayi daripada demam kuning atau jaundis. Benarkah?

Sinaran matahari awal pagi memang baik untuk kesihatan termasuk kepada bayi. Ia dikatakan mampu memberikan kesan kesihatan secara semula jadi kepada badan.

Bagi bayi, ia berfungsi menurunkan kadar bilirubin yang terlalu tinggi iaitu penyebab bayi mengalami kuning atau jaundis.

Jadi, dengan menjemur bayi baru lahir seawal pagi adalah perkara yang sangat digalakkan. Antara kebaikannya termasuklah:

* Menurunkan kadar bilirubin dalam darah. Bayi baru lahir mempunyai fungsi hati yang belum normal, menyebabkan kadar bilirubin yang dihasilkan dalam darahnya tidak normal (terlalu tinggi).

* Membuatkan tulang bayi menjadi lebih kuat. Cahaya matahari mengandungi vitamin D yang cukup tinggi iaitu baik untuk tulang dan membantu kalsium mudah diserap dalam darah.

* Memberi kesan kehangatan kepada bayi. Sinar matahari pagi dapat memberikan kehangatan kepada bayi dan ini membantu dia mengeluarkan lendir-lendir yang ada dalam tenggoroknya.

* Mengelakkan bayi daripada stres. Sinar matahari dikatakan membantu melepaskan hormon endorphin yang biasanya dikenali dengan hormon anti-depresi dalam badan.

Bagaimanapun sebelum menjemur bayi, anda perlu tahu cara yang betul supaya mendapat manfaatnya. Bimbang kalau salah jemur, bayi dapat penyakit lain pula.

1. Pilih waktu yang tepat


Waktu paling sesuai untuk menjemur bayi iaitu antara pukul 7 hingga 8 pagi. Jemur bayi lebih kurang 15 minit sahaja kerana kulit mereka masih sangat sensitif. Jangan jemur bayi selepas pukul 8 pagi kerana ketika itu sinar matahari sudah mengandungi sunar ultraviolet.

2. Sebaiknya jemur dalam keadaan tidak berbaju
Hanya perlu pakaikan lampin pakai buang sahaja. Ia bertujuan untuk memastikan dada bayi terkena sinar matahari sehingga dapat membantu melonggarkan pernafasannya.

3. Menterbalikkan badan bayi

Sebaiknya semasa menjemur bayi, cuba terbalikkan bahagian badan bayi depan ke belakang supaya semuanya terkena sinar matahari.

4. Elakkan mata bayi terkena sinar matahari
Jangan sekali-kali mendedahkan mata bayi anda pada cahaya matahari untuk mengelakkan daripada risiko kerosakan kanta atau retina matanya.


5. Pilih lokasi sesuai
Sebaiknya aktiviti menjemur bayi dilakukan di tempat yang terlindung seperti di bawah pokok atau tepi rumah tetapi masih ada sedikit pancaran matahari. Jangan jemur secara langsung terus kepada sinar matahari tanpa sebarang perlindungan.

6. Awasi bahaya hipertemi

Suhu ideal seorang bayi iaitu antara 36.5° C - 37.5° C. Sekiranya semasa anda hendak menjemur bayi di awal pagi, keadaan sinar matahari agak terik, ia boleh menimbulkan kesan hipertemi (peningkatan suhu badan) bayi.

Hipertemi boleh menyebabkan gangguan pada fungsi organ badan bayi seperti otak, sistem metabolisme badan bayi. Jadi, elakkan daripada menjemur bayi jika terlalu panas daripada biasa.

7. Jangan biarkan bayi sendirian


Jangan tinggalkan bayi anda sendirian semasa aktiviti menjemurnya seperti anda membaringkannya di satu sudut dalam rumah yang terdedah kepada sinaran matahari dan membiarkan bayi anda di situ bersendirian. Sebaiknya dukung bayi dan anda boleh ambil kesempatan untuk berbual-bual dengannya.

8. Lakukan sebelum bayi mandi


Sebaiknya lakukan awal pagi sebelum anda memandikan bayi. Jadi, selepas selesai aktiviti menjemur, anda boleh terus memandikan dan membersihkan bayi.



No comments:

Post a Comment