Total Pageviews

Wednesday, April 26, 2017

FAKTA! KETAHUI BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH UMUR 6 BULAN..






Fakta! Ketahui Bahaya Air Masak Kepada Bayi Bawah Umur 6 Bulan  
 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu info berkanaan hal ‘parenting’. Sebenarnya Dr Fuh sendiri pon pernah dengar hal ni. Tapi tak berapa jelas faktanya, tak jelas kenapa bayi bawah 6 bulan dilarang minum air masak. So kali ni dah ada fakta yang jelas sebab-sebabnya. Jadi, para ibu bapa silakan membaca.
Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka.
Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.
Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.
Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.


Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.


Friday, April 21, 2017

5 KESALAHAN TIDUR YANG BOLEH MENYEBABKAN CEPAT GEMUK




Sebagian besar orang pasti menginginkan bentuk tubuh yang ideal dan ramping, namun untuk mendapatkan bentuk tubuh yang proportional dan sihat tidak lah semudah yang kita bayangkan.Banyak faktor yang menunjang keinginan anda ini salah satunya adalah dari pola tidur atau masa rehat yang diperlukan pada tubuh.
  
Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan atau selalu kita sebut gemuk, melakukan banyak cara untuk mengembalikan berat badan ke angka yang di inginkan tanpa mencegahnya terlebih dahulu. Berbagai macam pola diet membuat seseorang lebih menyiksa dirinya bahkan melupakan jam makan, sedangkan pola tidur yang salah pun boleh membuat tubuh menjadi cepat gemuk. Berikut beberapa penjelasan tentang kesalahan tidur yang boleh membuat anda cepat gemuk.


Tidur Yang menyebabkan Cepat Gemuk :


Kualiti Tidur Rendah

Penggunaan teknologi seperti alat dan banyak acara televisyen yang menyajikan berbagai macam acara menjadikan anda menyampingkan waktu rehat dengan mencari hiburan di dalam rumah atau pun di luar rumah, sedangkan tubuh memerlukan masa rehat yang cukup untuk memulihkan keadaan dari segala rutin yang anda lakukan. Kurang nya waktu tidur mencetuskan untuk mengambil banyak kalori berbanding dengan orang yang mempunyai masa tidur yang cukup dan perlahan berat badan pun akan segera naik.


Lambat Bangun Pagi

Lambat bangun pagi kerana anda tidur terlalu malam membuat anda tidak sempat  berolah raga di waktu pagi, mulakan untuk tidur lebih awal dan bangun di pagi hari. Dengan kata lain jika anda bangun pagi anda akan mendapatkan waktu lebih untuk bersenam dan menghirup udara yang segar. Dari kegiatan tersebut dapat membuat anda lepas dari berbagai macam penyakit dan gejala kegemukan kerana keringat yang dikeluarkan semasa anda bersenam akan membakar banyak kalori dalam tubuh.


Makan snek sebelum tidur

Sebahagian orang yang gemar memakan makanan ringan lebih suka mengambil makanan tersebut pada malam hari, kerana pada waktu tersebut dirasakan masa yang paling tepat untuk dijadikan rakan santai sebelum waktu mengantuk datang. Dari aktiviti tersebut memberi kesan sangat buruk pada tubuh dan kesihatan anda, kerana dengan makan dan snek dimalam hari adalah salah satu penyebab kegemukan.


Tidur Bukan Keutamaan

Dari zaman ke zaman banyak yang menggunakan masa tidur untuk kegiatan lain seperti berkumpul dengan kawan, saudara bahkan keluarga dengan memakan berbagai macam makanan dan dengan masa yang cukup lama menjadikan masa tidur terlewat sampai larut malam. Yang sepatutnya masa untuk tubuh  rehat dan masih beraktifitas menjadikan tubuh merasa lapar dan pengambilan pun menjadi tidak terkawal.


Masa Tidur Tidak Teratur

Masa tidur yang terganggu semasa hari cuti atau hujung minggu,k beberapa aspek salah satunya dalam pola tidur dan pola makan. Kesalahan tersebut menjadi sangat fatal kerana mengubah pola tidur yang menggunakan waktu tidur malam sebagai waktu untuk melakukan aktiviti yang bersifat hiburan dan menukar waktu tidur pada waktu siang .

Rehat menjadi faktor yang sangat penting demi menunjang kegiatan yang padat, dengan rehat dengan masa cukup dan teratur menjadikan badan lebih sihat dan terhindar dari berbagai macam gejala penyakit seperti hal nya kegemukan. Jika sudah diserang proses mengembalikan bentuk badan seperti semula sangat sukar untuk dilakukan, maka dari itu cubalah untuk atur pola hidup yang sihat untuk jangka masa yang panjang dalam hidup. 



Wednesday, April 19, 2017

KENALI APA ITU DEMAM KEPIALU (TIFOID)






Apa Itu Demam Kepialu (Tifoid)?

Demam Tifiod adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa. Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bacteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.
 
>> Cara-cara Demam Kepialu Merebak <<
 
~ Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.

~ Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pesakit dan pembawa.  

~ Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.  

~ Menggunakan bekalan air tidak bersih.
 
>> Tanda-tanda dan Gejala <<

* Demam panas berpanjangan  
* Sembelit
* Sakit kepala
* Cirit birit  
* Sakit perut
* Sakit badan / lemah / letih lesu  
* Kurang selera makan  
* Mata layu dan cengkung  
* Tidak sedarkan diri dan meracau
* Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)

 
>> Langkah-langkah Kawalan Demam Kepialu oleh Pengendali Makanan <<

Mengendalikan makanan mengikut tatacara pengendalian makanan selamat dengan memastikan:

  ๐Ÿ”ถ Premis makanan bersih
  ๐Ÿ”ถ Telah menghadiri kursus pengendalian makanan.
  ๐Ÿ”ถ Telah mendapat suntikan vaksin tifoid.
  ๐Ÿ”ถSentiasa memakai apron yang bersih serta penutup kepala dan kasut yang bertutup semasa mengendalikan makanan.
  ๐Ÿ”ถ Bahan mentah untuk masakan mestilah segar.
  ๐Ÿ”ถ Proses nyahbeku daging atau ayam perlu sempurna.
  ๐Ÿ”ถ Mencuci makanan dengan menggunakan air terawat yang mengalir
  ๐Ÿ”ถ Masak menggunakan air terawat
  ๐Ÿ”ถ Makanan perlu dimasak dengan sempurna sehingga suhu didih.
  ๐Ÿ”ถ Makanan yang telah dimasak diasingkan dari yang mentah.
  ๐Ÿ”ถ Makanan yang telah dimasak hendaklah disimpan dalam bekas bertutup untuk 
mengelakkan urungan lalat.
  ๐Ÿ”ถ Menghabiskan makanan dalam masa 4 jam selepas ia disediakan.
  ๐Ÿ”ถ Makanan yang disimpan pada suhu 0oC – 4oC
  ๐Ÿ”ถ Makanan yang dipanaskan semula melebihi suhu 60 oC.
  ๐Ÿ”ถ Menggunakan penyepit atau sudu yang bersih untuk menghidangkan dan mengambil makanan.
  ๐Ÿ”ถ Menjaga kebersihan diri termasuk membasuh tangan sebelum menyediakan makanan dan selepas ke tandas.
  ๐Ÿ”ถ Menggunakan tandas yang sanitari (bersih dan sempurna).
  ๐Ÿ”ถ Sentiasa memastikan air minuman menggunakan air yang telah dididihkan atau boleh menggunakan air minuman berbungkus.